Saturday, August 29, 2009

HaDiS RaMaDhaN




Walaupun bulan Ramadhan itu bulan paling mulia dan amal soleh dilipat-gandakan pahalanya, namun sepuluh terakhir Ramadhan mempunyai kelebihan tersendiri.
Oleh itu, Rasulullah s.a.w. mempertingkat ibadatnya pada sepuluh terakhir Ramadhan melebihi dari amalan beliau pada dua puluh Ramadhan pertama.
Baginda .s.a.w. melakukan I'tikaf pada sepuluh hari akhir Ramadhan.
Hakikat ini dinyatakan sendiri oleh Siti Aisyah r.a. :

"Daripada 'Aisyah r.a. bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w. selalu beri'tikaf pada sepuluh akhir bulan Ramadhan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah , kemudian (diteruskan sunnah) I'tikaf sesudahnya oleh para isterinya."( Hadith Muttafaq A'laih )

Saturday, August 15, 2009

ReMaJa,HarGaiLah KeMerDeKaaN!!!


Malaysia telah banyak memperoleh kejayaan dan berada pada landasan yg tepat untuk mencipta kecermelangan kemerdekaan yang diraih sejak 1957.Kemerdekaan telah berjaya memberikan kita mutu kehidupan yang selesa dengan pelbagai peluang yg terbuka luas.Negara kita telah mampu membina kedudukan yang kukuh dalam semua bidang,sama ada politik,ekonomi mahupun sosial agar generasi akan datang dapat menikmati kehidupan yg lebih baik.Rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk memelihara dan meneruskan kesinambungan usaha-usaha yg telah dijayakan oleh generasi terdahulu...


Kesemua pihak yang mempunyai kepentingan di negara ini,drpd pemimpin,tenaga kerja kerajaan,swasta,mahupon golongan profesional,buruh,petani dan belia,mempunyai tanggungjawab penting untuk mewarnakan dan mencorakan masa depan malaysia hasil kemerdekaan yang dikecapi...


Golongan muda khususnya,tidak sepatutnya lupa akan pengorbanan generasi terdahulu untuk memerdekakan negara ini selepas dijajah ratusan tahun lamany.Menghayati sejarah perjuangan bangsa menjadi satu tugas penting manakala usaha untuk memupuk semangat cinta akan negara perlu diteruskan.Remaja perlu belajar bersungguh-sungguh agar menjadi orang yang berguna hingga boleh memberi khidmat dan sumbangan kepada negara.Ilmu yg ditimba akan dapat dijanakan untuk membangunkan negara setanding dgn negara-negara yang maju...


Kemerdekaan adalah lambang kebebasan,kedaulatan,kekuatn,dan kejayaan kepada setiap daripada kita,warganegara yang bernaung di bawahnya...