Saturday, August 29, 2009

HaDiS RaMaDhaN




Walaupun bulan Ramadhan itu bulan paling mulia dan amal soleh dilipat-gandakan pahalanya, namun sepuluh terakhir Ramadhan mempunyai kelebihan tersendiri.
Oleh itu, Rasulullah s.a.w. mempertingkat ibadatnya pada sepuluh terakhir Ramadhan melebihi dari amalan beliau pada dua puluh Ramadhan pertama.
Baginda .s.a.w. melakukan I'tikaf pada sepuluh hari akhir Ramadhan.
Hakikat ini dinyatakan sendiri oleh Siti Aisyah r.a. :

"Daripada 'Aisyah r.a. bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w. selalu beri'tikaf pada sepuluh akhir bulan Ramadhan sehingga baginda diwafatkan oleh Allah , kemudian (diteruskan sunnah) I'tikaf sesudahnya oleh para isterinya."( Hadith Muttafaq A'laih )

No comments:

Post a Comment