Friday, July 24, 2009

ikAn DiLauT,AsAm DiDaRaT...?!! CiNta......??????


Inilah ungkapan asmara yang sering dituturkan mereka yang sedang
'Mabuk Cinta'...CINTA....
ia memang mudah diucap,tetapi adakah kita semua jelas dan memahami makna disebaliknya???
CINTA sebenarnya 'MAHABBAH'yakni kasih sayang yang sukar diterjemahkan....
CINTA merupakan satu gelodak rasa dan emosi yang lahir daripada hati nurani yang luhur dan suci...Tidak boleh dibeli dengan wangg ringgit..
Saudara saudari,
Apakah definasi cinta pada pandangan anda????
Adakah dgn bercumbu-cumbuan dan berpeluk-pelukan di khalayak membuktikan kata cinta???
Lihatlah betapa murahnya harga cinta....
Atau...
Adakah dgn ucapan cinta romantis serta berpegangan tangan akan terasa nikmatnya cinta mahupun sebagai bukti kasih sayang yang kononnya suci????
Jelas suatu pendustaan sekiranya seorang lelaki itu berkata dia benar-benar mencintai seseorang perempuan sedangkan pada masa yang sama die telah mencemarkan maruah,kesucian dan iman temannya itu...
Diakah yang diharapkan menjadi teman melayar bahtera untuk sama-sama mendarat di pulau impian????
Lelaki yang benar-benar mencintai pasangannya x akan mencemarkan kekasihnya walaupun sekadar bersentuhan sebagai bukti cinta...

AWAS!!!!!
Semua perlakuan ini adalah hasutan nafsu SYAITAN.....
REMEMBER!!!!!CINTA yg murni bukanlah cinta sang monyet,cinta yg melompat-lompat dan begitu rapuh....

ia juga bukan seperti cinta antara'Romeo & Juliet' ,mahupun cinta 'Laila & Majnun'....But,nikmat cinta itu lahir seperti cintanya Rasulullah & Khadijah,Aisyah serta Saiyidina Ali dgn Fatimah.....

Monday, July 20, 2009

Manchester United atasi Malaysia 2-0...


KUALA LUMPUR: Manchester United menewaskan Malaysia 2-0 pada perlawanan persahabatan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.
Gol United dijaringkan Federico Macheda pada minit ke-10 dan Michael Owen, dua minit kemudian.
PEMAIN Manchester United, Michael Owen, meraikan jaringannya dengan rakan sepasukan, Federico Macheda, yang menjaringkan gol pertama pada perlawanan persahabatan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam ini. United menang 2-0.

Saturday, July 18, 2009

DuA GoL AmRi BuAt MaN Utd GubRa..

Gegak gempita Stadium Nasional Bukit Jalil bergemurah dlm satu suara menjulang wira Malaysia,Amri Yahya yg menewaskan penjaga gol tersohor,Edwin Van der Sar dan Ben Foster untuk mencetus gentar Manchester United sebelum kecundang 3-2 kpd juara Liga Perdana Inggeris itu dlm pembukaan Jelajah Asia 2009(Asia Tour 2009)....

Sungguh pun diletakkan sebagai gergasi dunia,barisan Sir Alex Ferguson dimalukan oleh dua gol Amri Yahya anak kelahiran Tanjung Karang pada minit ke-45 dan 53 ketika ramai menyangka akan dilumut habis-habisan oleh pelawat perkasa ituberpandu kepada kunjungan terakhir pada 2001 berakhir dengan kekalahan 6-0....
PEMAIN Malaysia,
Mohd Aidil Zafuan
mengasak Wayne
Rooney.

Tanpa disangka,Malaysia yang dihimpit dalam kotak penalti sejak sepak mula oleh United, berjaya mendapatkan gol yang didahagakan barisan anak buah K Rajagopal apabila Amri akhirnya membuktikan diri sebagai pemain tengah berwibawa negara dengan membuat tindakan bijak ketika melihatkan Van der Sar terkeluar daripada posisinya.

Amri yang menampilkan prestasi baik untuk menjulang Selangor ke persada Liga Super, namun gagal menterjemahkannya dalam dua pemanas badan menentang Zimbabwe sebelum ini melakukan lambungan menakjubkan melepasi penjaga gawang Belanda itu pada penghujung saingan babak pertama untuk menggamatkan 100,000 penyokong dengan tiga perempatnya berbaju merah.

Tonggak tengah itu kemudian membuktikan ia bukan tuah semata-mata apabila memintas hantaran belakang Darron Gibson kepada Ben Foster yang dimasukkan menggantikan Van der Sar pada babak kedua untuk menolak masuk, sekali lagi menggamatkan kapasiti penuh di Bukit Jalil.

United membuka tirai jaringan menerusi Wayne Rooney seawal minit kelapan dengan gol kedua pelawat menyusul minit ke-27 hasil sumbangan Nani.

Michael Owen yang menggantikan Rooney muncul wira dan membuktikan pelaburan dibuat oleh Ferguson ke atasnya berbaloi dengan jaringan kemenangan enam minit sebelum perlawanan tamat....




Amri Yahya bergelut dengan Anderson...

Wednesday, July 15, 2009

KaTa-KaTa iNdaH...

Kte lahir dgan dua mata di depan wajah kita,kerna kte x boleh selalu melihat ke belakang..tapi pandanglah semua itu ke deapan,pandanglah masa depan kte....

Kte dlahirkan dgn 2 buah telinga di kanan n di kiri,supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi.Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yg benar n mane yg susah....

Kte lahir dgn 2 MATA n 2 TELINGA,tapi kite hanye diberi 1 buah mulut.kerana mulut adalah senjata yg kejam,mulut bisa menyakiti,bisa membunuh.bisa menggoda,dan banyak hal lainnya yg tidak menyenangkan.Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknye...

Kte lahir hanye dgn 1 HATI jauh di dalam diri kita.Mengingatkan kte pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kte yg paling dalam.belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kte dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kte seperti mencintai die....

Berilah cinta tanpa meminta balasan dan kte akan menemui cinta yang lebih indah....

Thursday, July 9, 2009

x SaBoR SeYh!!!!

x sabor yer laaa.....
x sabor tul rase yer..
nak tau ape bende..
ho3...

ble la umur aku nak 16...
kih3...
padahal,tinggal bper arie jer agie...
next week pd 13/7/2009...
umur ku telah genap 16 taun...
16 taun???
masih mude lagi tue..
jaoh lagi perjalanan yer..
masih bnyk lg bende yg aku x tau..
n perlu dibelajar..
pikir2 kan balik...
baru 16 taun aku idop kat earth nie yer...
mude lagi tue...

hurmm...
agak yer..
pe yer aku nak wat ble dah cecah 16 taun..
first sekali....
aku nak mintak adiah kat my sis...
kih3..
jahat tul aku nie kan...
harap2,my sis bg la adiah yer...

second..
aku rase nak ambik lesen moto lorh...
tenang sikit nak bawak moto....
x de laa kane main kejar2 dgn police mcm arie tue..
ehh..
kantoi lak kene kejar dgn police...
kih3....

ape lagi yer....
aku pon tgh blank nie nak wat per...
tue jer kut..
nanti aku pikir kan lg lorh..
hurmm...
semoge aku dipanjang kan umur n dimurahkan rezki...
arap2 ramai yg ingat birthday aku nanti...
kih3..
aku kat skol daa laa famous...
cewaahh!!!