Saturday, July 18, 2009

DuA GoL AmRi BuAt MaN Utd GubRa..

Gegak gempita Stadium Nasional Bukit Jalil bergemurah dlm satu suara menjulang wira Malaysia,Amri Yahya yg menewaskan penjaga gol tersohor,Edwin Van der Sar dan Ben Foster untuk mencetus gentar Manchester United sebelum kecundang 3-2 kpd juara Liga Perdana Inggeris itu dlm pembukaan Jelajah Asia 2009(Asia Tour 2009)....

Sungguh pun diletakkan sebagai gergasi dunia,barisan Sir Alex Ferguson dimalukan oleh dua gol Amri Yahya anak kelahiran Tanjung Karang pada minit ke-45 dan 53 ketika ramai menyangka akan dilumut habis-habisan oleh pelawat perkasa ituberpandu kepada kunjungan terakhir pada 2001 berakhir dengan kekalahan 6-0....
PEMAIN Malaysia,
Mohd Aidil Zafuan
mengasak Wayne
Rooney.

Tanpa disangka,Malaysia yang dihimpit dalam kotak penalti sejak sepak mula oleh United, berjaya mendapatkan gol yang didahagakan barisan anak buah K Rajagopal apabila Amri akhirnya membuktikan diri sebagai pemain tengah berwibawa negara dengan membuat tindakan bijak ketika melihatkan Van der Sar terkeluar daripada posisinya.

Amri yang menampilkan prestasi baik untuk menjulang Selangor ke persada Liga Super, namun gagal menterjemahkannya dalam dua pemanas badan menentang Zimbabwe sebelum ini melakukan lambungan menakjubkan melepasi penjaga gawang Belanda itu pada penghujung saingan babak pertama untuk menggamatkan 100,000 penyokong dengan tiga perempatnya berbaju merah.

Tonggak tengah itu kemudian membuktikan ia bukan tuah semata-mata apabila memintas hantaran belakang Darron Gibson kepada Ben Foster yang dimasukkan menggantikan Van der Sar pada babak kedua untuk menolak masuk, sekali lagi menggamatkan kapasiti penuh di Bukit Jalil.

United membuka tirai jaringan menerusi Wayne Rooney seawal minit kelapan dengan gol kedua pelawat menyusul minit ke-27 hasil sumbangan Nani.

Michael Owen yang menggantikan Rooney muncul wira dan membuktikan pelaburan dibuat oleh Ferguson ke atasnya berbaloi dengan jaringan kemenangan enam minit sebelum perlawanan tamat....




Amri Yahya bergelut dengan Anderson...

No comments:

Post a Comment